Hello!

Assalamualaikum, kembara diri mencari Mardhatillah melalui blog.--
Bamboo Here!


Flashback . .





Big Clap!

Full Template: Azk iya Kiya and Fayza Nafisa
Layout: Nana Euphemia.
Big Helped:
Edited by : Norhafizah





Cara mengawal hati dan perasaan
Sunday, March 15, 2015 @ 7:09 AM | Muslimah (0)

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak share bagaimana mahu mengurus hati yang mudah terjebak dengan maksiat seperti mudah melting bila tengok orang,mudah minat dengan orang dengan hanya sekali pandang dan seumpamanya.
Bagi saya hati adalah organ dan anggota badan yang paling kita susah hendak jaga kerana hati berada di dalam badan.Semua perasaan seperti marah,gembira,sedih,suka dan seumpamanya terletak pada hati.Semua perasaan adalah fitrah.Perasaan minat atau suka juga adalah fitrah.Tapi kita harus pandai menguruskan fitrah itu.Kawal perasaan dan hati dengan istighfar.

  • TUNDUKKAN PANDANGAN
Orang kata dari mata turun ke hati.Bagi saya statement tu betul kerana itu kita harus tundukkan pandangan tidak kira lelaki ataupun perempuan seperti firman Allah s.w.t dalam surah Annur ayat 30 "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka.Yang demekian itu lebih sucibagi mereka;sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan"
Juga ayat 31 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka;............".Allah menyuruh kedua-duanya menundukkan pandangan bukan hanya untuk kaum lelaki atau perempuan.

  • ISTIGHFAR
Bila kita teringatkan orang yang kita suka atau minat,hendaklah istighfar.Mohon ampun kepada Allah.Tidak semua apa yang kita mahu,kita akan dapat.Belajarlah erti sabar kerana sabar itu indah.Kadang-kadang bila kita doa kepada Allah tentang jodoh atau crush seperti "Ya Allah,kau pertemukanlah aku dengan dia hari ni......." tetapi tidak dimakbulkan,mungkin itu bererti yang Allah cemburu kerana kita asyik teringatkan crush kita dan kita lupakan Allah.Semasa berdoa haruslah fokus kepada Allah bukan crush.Dapatkan cinta Allah terlebih dahulu barulah cinta selain Dia.Tetapi cinta selain Dia haruslah berpada-pada jangan melebihi cinta kepadaNya."(minta maaf ayat tunggang langgang)

  • JIHAD 
Jihad terbahagi kepada dua iaitu jihad besar dan jihad kecil.Jihad besar adalah jihad melawan nafsu sendiri manakala jihad kecil adalah seperti menuntut ilmu,gembirakan ibu bapa dan sebagainya.Bila kita teringatkan crush kita,hendaklah berkata "sesungguhnya aku takut kepada Allah" insya-Allah berkesan.Kita sebagai manusia memang susah hendak mengawal nafsu kerana itu jihad yang besar adalah melawan nafsu sendiri.

Cara di atas adalah cara yang saya lakukan.Alhamdulillah berjaya yang penting niat dan usaha kita.Kalau niat kita betul insya-Allah Allah akan bantu dan permudahkan urusan kita.Harap bermanfaat untuk semua:)
NAK SERIBU DAYA,TAK NAK SERIBU DALIH



@ 3:33 AM | Muslimah (0)
Assalamualaikum....kat sini saya nak kongsikan beberapa kata-kata hikmah dan panduan untuk wanita



  • Wanita solehah adalah wanita yang patuh dan taat kepada semua perintah-Nya serta meninggalkan semua larangan-Nya
  • Bukan besarnya ujian yang membuatkan kita tidak mampu menghadapinya tetapi kerana rapuhnya hubungan kita dengan Allah membuatkan kita tidak dapat memikul bebanan ujian tersebut
  • Wanita yang baik,tidak semestinya dia wanita solehah.Tetapi wanita yang solehah pastinya dia adalah termasuk dalam kalangan wanita yang baik-baik
  • Wanita yang dihormati itu lebih baik daripada wanita yang digilai ramai
  • Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah,Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita

Saya harap kata-kata hikmah ini bermanfaat untuk semua :)



 Image result for kartun wanita solehah
     gambar-kartun-sahabat-muslimah

 gambar-kartun-muslim-cool
"SEBAIK-BAIK PERHIASAN DI DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH"



@ 1:56 AM | Muslimah (0)
Assalamualaikum hafizah, gunakan blog yang aku dah buat khas untuk kau menyebarkan ilmu. k sayang bamboo selalu.


-MINGUK-